Wednesday, February 17, 2010

Ada Apa Dengan Sejadah Anda??

Pertamanya saya ingin menerangkan tentang organisasi rahsia Yahudi bernama Freemason..kumpulan ini ditubuh pada awal abad ke-16.."Freemason adalah salah satu daripada organisasi rahsia Yahudi yang bekerja bersama Dajjal laknatullah dalam melaksanakan misi mereka mengawal dunia (New World Order). Selain daripada Freemason, banyak lagi organisasi-organisasi rahsia yang mempunyai misi yang sama seperti Illuminati (Illuminati menggunakan lambang piramid yang mengandungi MATA SATU/all-seeing eye didalamnya), Skull and Bones, Opus Dei, Priory of Sion, the Bilderberg Group, agensi-agensi Hollywood (CW Chanel, Columbia TriStar, etc..) dan bermacam-macam lagi. Tujuan mereka menubuhkan berbagai organisasi dalam mencapai satu misi yang sama hanyalah semata-mata untuk mengelirukan dan membutakan mata hati umat-umat manusia seluruh dunia dan menanamkan sifat Dajjal yang buta satu matanya (celik mata penglihatan tapi buta mata hati)"..sumber (jejakitinggalanrasul.blogspot.com)..




sumber: (jejakitinggalanrasul.blogspot.com)

berikut adalah simbol yang dibawa kumpulan ini dan sedang melular ke seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia..kumpulan ini sangat berbahaya kerana mampu menggugat akidah umat Islam..

berbalik kepada tajuk utama entri ini.."Ada Apa Dengan Sejadah Anda??"

selepas menyelidik sejadah di rumah saya..ternyata kumpulan ini semakin agresif dengan meletakkan simbol keagungan mereka di sejadah..di bilik saya ada tiga helai sejadah..2 daripada 3 sejadah itu terdapat simbol tersebut..tak percaya?? Anda selidik la sendiri sejadah di rumah..kebarangkalian untuk anda menjumpai simbol-simbol ini sangat tinggi..

ini buktinya..sejadah di rumah saya..persamaan gambar di bawah..

nombor 3 adalah MATA SATU/All Seeing Eye..nombor 2 adalah freemason floor..


lagi..



dan lagi..


adakah semua ini suatu kebetulan atau sengaja dirancang oleh yahudi laknatullah..

p/s: (tidak wujud sebarang nombor pada gambar asal)..




Thursday, November 19, 2009

Potong..Potong..Potong..

Pernah tak tengok iklan P1 Wimax??..Yang iklan *potong* tu..Iklan tu amat mencuit hati para penonton..Tapi..macam ade unsur tak senonoh pon ade juga..huhu..


Sekali tengok..Iklan Wimax ni biasa je..tapi..cuba tengok betul-betul..iklan ni menunjukkan orang tu memotong wayar telefon..ini bermakna iklan ni ditujukan khas kepada para pengguna Streamyx..iklan ini selari dengan *tagline* Wimax iaitu potong..


Selang beberapa hari lepas iklan Wimax dikeluarkan..Pihak Streamyx pula mengambil keputusan untuk membuat counter attack dengan mengeluarkan iklan diatas yang menunjukkan seorang lelaki sedang memegang modem wireless sambil mencari line internet sehingga ke luar rumah..wajah lelaki ini juga mirip wajah CEO P1 Wimax..


Inilah wajah CEO P1 Wimax..wajahnya hampir 95% sama dengan wajah model streamyx tersebut..(inilah cara mereka berniaga)

Pada pendapat saya,masing-masing ada hak untuk menarik perhatian pengguna..tetapi janganlah dengan cara menghina dan merendahkan perkhidmatan dari provider yang lain..kita sebagai pengguna harus bijak memilih dan tidak terpengaruh dengan iklan-iklan yang saling mengutuk antara satu dengan yang lain..

Monday, November 9, 2009

Sultan Selangor tolak cadangan Tan Sri Khalid

"Beta sekali-kali tidak berkenan wang zakat ini diambil, dipinjam atau disalurkan untuk perkara-perkara lain," beikut adalah titah Sultan Selangor ketika merasmikan Konvensyen Integriti Pengurusan Zakat Selangor di sini hari ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mencadangkan supaya duit Baitulmal yang diperoleh dari sumbangan zakat digunakan untuk membangunkan negeri Selangor..(hmm..dah miskin sangat ke Selangor ni sampai terpaksa guna duit zakat untuk membangunkan negeri)..

Titah baginda lagi.."Beta tidak berkenan mereka yang luar dari pentadbiran Lembaga Zakat Selangor ini campur tangan dalam pengurusan zakat negeri ini,"

Sultan Selangor juga bertitah bahawa baginda sangat mengambil berat dan mengikuti akan pengurusan zakat negeri ini..

Saya tidak faham mengapa MB Selangor memilih wang zakat sebagai medium untuk membangunkan negeri dibawah pemerintahannya itu. Adakah "mereka" mempunyai agenda lain??..wallahu a'lam..

Monday, October 19, 2009