Wednesday, February 18, 2009

AMERIKA TIRU FORMULA EKONOMI MAHATHIR


Amerika Syarikat meniru formula ekonomi yang diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bertujuan untuk mengatasi masalah krisis ekonomi dan ianya membuktikan kehebatan kepimpinan Melayu diiktiraf dunia. Pengerusi Felcra Datuk Tajuddin Abdul Rahman memaklumkan formula tersebut ternyata berjaya setelah Malaysia tidak meminjam Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) atau Bank Dunia dalam menangani krisis kewangan pada tahun 1997.

Antara mekanisme yang diperkenalkan ketika itu ialah penetapan tambatan ringgit kepada dolar Amerika, mengenakan kawalan pilihan tukaran mata wang asing dan tidak memperdagangkan ringgit di peringkat antarabangsa. "Kita dah buktikan formula ekonomi Tun Mahathir telah berjaya dan sekarang orang Amerika tiru formula Tun dalam menghadapi krisis dunia. Itu menunjukkan kehebatan pemimpin Melayu dalam ekonomi dunia..

Saturday, February 7, 2009

POLITIK

Walaupun umur saya masih belasan tahun.. namun saya ingin memberi sedikit komen tentang pegolakan politik di Perak ketika ini.. hal ini terjadi kerana beberapa "adun Perak" membuat keputusan untuk menjadi ahli Barisan Nasional.. ini menjadikan kerajaan Pakatan Rakyat Perak perlu dibubarkan kerana kedudukan kerusi adun Perak menjadi BN:28 PR:28 BEBAS:3.. kesemua ahli BEBAS menyokong BN.. saya ingin menyentuh sedikit tentang permintaan Pakatan Rakyat di Perak untuk mengadakan undian semula di seluruh negeri Perak.. ini adalah suatu pembaziran berdasarkan ekonomi dunia yang tidak menentu ketika ini..

P/S: Saya menulis entri ini bukanlah untuk menyokong atau ingin menjatuhkan mana-mana pihak..

Sunday, February 1, 2009

2018-MALAYSIA KE FIFA??

Bola sepak Malaysia masuk ke piala dunia 2018? Boleh percaya ke? Berdasarkan prestasi bola sepak Malaysia yang sedang ‘nazak’ ketika ini, cita-cita tersebut sukar untuk dicapai..
Saya sangat bersetuju dengan keputusan FAM untuk tidak membenarkan pemain ‘import’.. Inilah masanya untuk pemain tempatan menunjukkan prestasi terbaik dalam saingan Liga Super dan sebagainya.. Mengambil pemain import juga memerlukan perbelanjaan yang banyak..
Dalam masa 9 tahun lagi Malaysia akan layak ke piala dunia.. Selepas kekalahan yang memalukan 5-0 dalam perlawanan kelayakan piala asia menentang UAE yang lalu, cita-cita tersebut kian pudar..
Antara langkah-langkah untuk menjadikan cita-cita FAM bakal menjadi kenyataan:
• Mewujudkan perlawanan bola sepak diantara umur 11-15 tahun. Ini kerana bola sepak Malaysia memerlukan pemain pelapis.
• Mendapatkan pandangan jurulatih pasukan bola sepak ternama dunia.