Wednesday, June 24, 2009

SENDA PAGI

1) Seorang jururawat di hospital sakit jiwa ternampak pesakitnya sedang menulis surat..

Jururawat: Tulis surat kat sapa tu, pak cik?
Pesakit : Aku tulis surat kat diri aku sendiri..
Jururawat: Jadi..apa yang pak cik tulis?
Pesakit : Mana aku tau? Esok pagi bila posmen hantar, baru la aku boleh baca..

2) Seorang jururawat di hospital sakit jiwa ternampak seorang pesakitnya sedang memancing ikan di dalam baldi..

Jururawat: Banyak ke ikan dalam baldi tu pak cik?
Pesakit : Kau gila? Dalam ni mane ade ikan..

3) Sekolah menengah tempat Mazlan belajar baru dibuka. Sempena dengan sesi baru itu, sekolah berkenaan telah memperkenalkan satu peraturan baru mewajibkan ibu bapa pelajarnya menghubungi sekolah seandainya anak mereka tidak dapat hadir pada hari tersebut.
Suatu hari, Mazlan berpakat dengan kawan-kawannya untuk pontengdan pergi menonton wayang di KLCC. Sebaik sahaja ibu bapa ke tempat kerja, Mazlan terus menelefon pejabat sekolah di Ampang. Kata Mazlan,
" Hello...encik, saya nak beritau yang anak saya, Mazlan, pelajar 1D, tak dapat ke sekolah hari ini. Dia demam panas."
"Oo... macam tu. Kesiannya," jawab kerani bertugas, " saya akan maklumkam kepada guru kelas Mazlan. Tapi sebelum tu, boleh saya tau, siapa bercakap di sana?"
" Bapak saya," balas Mazlan..

Tuesday, June 23, 2009

I LUV ISLAM




Saya agak terkejut apabila membaca sebuah blog yang mengisahkan seorang "ex-muslim" telah memeluk agama kristian.. Dia memberi pelbagai alasan mengapa dia sanggup menukar agama.. Salah satu alasannya adalah "I speaks to god, but He never spoke back"..Dan dia tidak percaya atas kewujudan Allah.. Saya sekeras-kerasnya ingin menyangkal dakwaan tersebut..alasannya.." Boleh ke kita nampak angin..?? Tapi kita tahu angin itu ada walaupun kita tak nampak.." Ini menunjukkan bahawa konsep itu sama dengan kewujudan Allah..

Sekarang saya mempunyai satu soalan kepada orang kristian.."mereka(kristian) mengatakan, jesus itu tuhan.. tapi dia adalah anak tuhan.."Apa ni..?? Ini ke ajaran diorang selama ni yang memutar belit dan memeningkan kepala saya tentang ajaran Kristian..


P/S: Saya tidaklah tahu secara mendalam tentang agama.. Tetapi saya dalam usaha untuk mendalami tentang kebenaran Agama Islam..Wassalam

Monday, June 22, 2009

CHIN PENG BALIK KE MALAYSIA??APA RELEVENNYE..



Wajarkah Chin Peng pulang ke Malaysia..?? Tidak ada alasan untuk isu ini dibangkitkan semula.. Adakah ini suatu permainan politik semata-mata..?? Terdapat segelintir "orang melayu" memberi pendapat bahawa Chin Peng patut dimaafkan dan diberi lampu hijau untuk pulang ke Malaysia.. Inilah yang dikatakan "melayu mudah lupa".. Mungkin Chin Peng boleh dimaafkan tetapi untuk membenarkan dia balik ke Malaysia jauh sekali.. Mana mungkin seorang yang boleh dianggap sebagai "pengkhianat negara" pulang ke Malaysia.. Perkara ini mungkin boleh menimbulkan isu perkauman diantara melayu-cina.. Dan mungkin kejadian 13 Mei 1969 yang membawa sehingga pertumpahan darah bakal berlaku..


Dan apakah relevennya jika dia balik ke Malaysia.. Apa yang dia mahukan di tanah melayu kita.. Tanah melayu tidak memerlukan manusia seperti Chin Peng..

P/S: Orang melayu perlu tahu sejarah ketika MCP(malayan communist party) bertapak di tanah melayu dan kekejaman yang dilakukan olah mereka..