1) Seorang jururawat di hospital sakit jiwa ternampak pesakitnya sedang menulis surat..
Jururawat: Tulis surat kat sapa tu, pak cik?
Pesakit : Aku tulis surat kat diri aku sendiri..
Jururawat: Jadi..apa yang pak cik tulis?
Pesakit : Mana aku tau? Esok pagi bila posmen hantar, baru la aku boleh baca..
2) Seorang jururawat di hospital sakit jiwa ternampak seorang pesakitnya sedang memancing ikan di dalam baldi..
Jururawat: Banyak ke ikan dalam baldi tu pak cik?
Pesakit : Kau gila? Dalam ni mane ade ikan..
3) Sekolah menengah tempat Mazlan belajar baru dibuka. Sempena dengan sesi baru itu, sekolah berkenaan telah memperkenalkan satu peraturan baru mewajibkan ibu bapa pelajarnya menghubungi sekolah seandainya anak mereka tidak dapat hadir pada hari tersebut.
Suatu hari, Mazlan berpakat dengan kawan-kawannya untuk pontengdan pergi menonton wayang di KLCC. Sebaik sahaja ibu bapa ke tempat kerja, Mazlan terus menelefon pejabat sekolah di Ampang. Kata Mazlan,
" Hello...encik, saya nak beritau yang anak saya, Mazlan, pelajar 1D, tak dapat ke sekolah hari ini. Dia demam panas."
"Oo... macam tu. Kesiannya," jawab kerani bertugas, " saya akan maklumkam kepada guru kelas Mazlan. Tapi sebelum tu, boleh saya tau, siapa bercakap di sana?"
" Bapak saya," balas Mazlan..
No comments:
Post a Comment