Friday, July 31, 2009

H1N1: SENJATA KIMIA AMERIKA??


Selepas membaca beberapa artikel tentang Influenza A H1N1..ada yang berpendapat bahawa wabak ini bermula dari para ahli scientist Amerika yang sedang membuat ujikaji di Mexico terhadap cecair kimia ini untuk dijadikan senjata kimia Amerika yang kini digelar Influenza A H1N1.. Tetapi para ahli scientist berkenaan tidak menduga bahawa penyakit yang diciptanya itu boleh merebak melalui udara.. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita ini.. Tetapi inilah maklumat yang saya dapat selepas membaca beberapa artikel bagaimana terjadinya wabak ini..Dan kebanyakkannya mempunyai pendapat yang sama mengatakan Amerika adalah punca segala-galanya..

P/S: Marilah kita semua berdoa agar hidup rakyat Malaysia dan seluruh Dunia selamat dan sejahtera..

Tuesday, July 28, 2009

PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

Dua kalimah syahadah bermakna mentauhidkan Allah..Mentauhidkan Allah pada sifat Rububiyyah iaitu mentadbir dan menguruskan alam selepas menciptanya.. Mentauhidkan Allah pada asma' dan sifatnya serta pada perbuatannya.. Mentauhidkan Allah pada sifat Uluhiyyah iaitu berhak disembah, dicintai, dipatuhi dan tempat memohon..

Bahagian kedua daripada syahadah adalah berikrar dan mengakui segala yang dibawa oleh Nabi Muhammad.. Juga mengakui segala sifat kenabian dan kerasulannya..

Oleh itu.. sesiapa yang bercakap ataupun melakukan perkara-perkara yang menunjukkan keingkaran pada ikrar syahadah, maka syahadahnya terbatal.. Mereka juga terkeluar daripada Islam.. Apabila perkara ini terjadi, kerajaan Islam berkewajipan melaksanakan hukuman murtad kepadanya.. Bermula daripada suruhan bertaubat sehinggalah dijatuhkan hukuman bunuh sekiranya dia tidak mahu bertaubat.. Tempatnya di dalam neraka sekiranya dia mati dalam keadaan tidak bertaubat..

Seorang mukmin yang melakukan dosa, tidak terbatal imannya walaupun dia belum bertaubat.. Imannya tidak terbatal, sekiranya tidak ada padanya perkara-perkara yang membatalkan syahadahnya.. Jika Allah menghendaki, Dia akan mengampuninya.. Dengan kehendaknya juga, orang itu akan dimasukkan ke dalam neraka kemudian dimasukkan ke dalam syurga.. Allah menerangkan dalam surah Al-Nisa' ayat 116..

"Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa orang yang mensyirikkannya dan Dia akan mengampunkan dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendaki"Oleh itu, perkara yang menyebabkan terkeluar seseorang itu daripada agama Islam atau terbatal Imannya adalah:

- Mengingkari sifat Rububiyyah ataupun mencelanya.
- Mengingkari ataupun mencela Asma' Allah dan sifat-sifatnya.
- Mengingkari ataupun mencela sifat Uluhiyyah.
- Mengingkari ataupun mencela Nabi Muhammad atau kerasulannya.


Keempat-empat perkara itu berlaku dengan kepercayaan, perkataan dan perbuatan.. Sesiapa yang melakukannya, maka batal imannya dan terkeluar daripada agama Islam serta syahadahnya tidak sah..

Thursday, July 23, 2009

MUSLIMS BELIEVE

Islam is a very simple religion. It is a religion of great joy and happiness. Muslims now make up about one fifth of the world's population and they believe that Islam is the natural religion of mankind, which has existed since the beginning of time. The word Islam comes from a root word which means both peace and submission. A Muslim is one who submits himself totally to Allah (the Arabic word for God). This submission brings real peace. All through his life, the Muslim tries to please Allah and to avoid doing what would displease him.

Muslims believe in one God, with whom there is no partner or equal. This God (Allah) created the heavens and the Earth and all that is in between. He is so great and so powerful that we cannot imagine what He is like, yet He is so close to us that He sees every leaf falling from every tree.

To become Muslim, you just have to proclaim with your lips and mean with your heart: I bear witness that there is no God but Allah and I bear witness that Muhammad is the Messenger of Allah.

Prayer is essential to Islam. Muslims have been commanded by Allah to pray five times a day, at specific, set times. This routine of prayer makes the day holy and allows the Muslim to dedicate his or her whole life to Allah. When a person prostrates himself on the ground in prayer, his forehead touching the ground, his whole life is put into perspective. We may fool other people. We may even fool ourselves at times. But Allah is not to be fooled.

Sharing what we have with others, less fortunate than us, is also a command of Almighty Allah. Muslims give a portion of what they own to those who are poor. This Zakat is not charity towards them, but is their right. We are all created by Allah and we hold all things in this world in trust, as stewards, so Islam helps Muslims to care for those in this world who have less than they do. What a radical idea, to share the world's resources. And Allah gave this idea to Muslims fourteen centuries ago!

Muslims fast during the holy month of Ramadan because Allah has commanded them to do so. They look forward all year to this special month of prayer, when the Holy Qur'an was first revealed to mankind. In disciplining their bodies during daylight hours, the Ramadan fast reminds Muslims of those who have less than them, and it helps them to thank Allah for all His blessings. The most important reason for the fast, though, is that Allah has ordered it. Muslims do it for His sake.

The pilgrimage to Makkah, or Hajj, is what Muslims look forward to all their lives. All Muslims who are physically and financially capable of doing so are commanded to perform the pilgrimage, as all prophets have done before them. If Allah wills it to be so, the reward of a sincere Hajj is nothing less than the forgiveness of one's sins.

Finally, Muslims believe that God's final Messenger to mankind was Prophet Muhammad (peace be upon him). In the Holy Qur'an which was revealed to him, Almighty Allah perfected the teaching of all former prophets, such as Moses and Jesus. The Holy Qur'an is intended for all people and for all time.

Unlike the distortions of Islam which we see on our television screens, Islam is both beautiful and sweet. Muslims love God and their neighbour and they try to achieve life's goal, of being with Allah for all eternity, by living good lives.

Wednesday, July 22, 2009

MAKIN HARI MAKIN TAK FAHAM SAYA DIBUATNYA

Dalam tahun ni je.. ramai budak sekolah saya telah merosakkan telinga saya.. mana tidaknya.. saban hari saya dengar perkataan yang tak senonoh..senang cite mencarut lah.. tak de ke binatang lain nak disebut selain "ba**".. tak pernah saya dengar seorang kawan yang sakit hati dengan kawannya mengatakan "hamster betol la ko nie!!..kan sopan sikit.. tak pon banyak lagi binatang yang comel-comel kat Dunia ni.. kenapa binatang colour pink tu jugak nak disebutnya.. Hairan betol..

Tu baru satu cerita.. ni ada lagi satu kes.. kesnya pelajar kutuk guru..Manalah belajar nak berkat.. Macam mana nak berjaya dunia akhirat kalau orang yang memberi kita ilmu tu dikutuk.. "tak bersyukur punye budak..!!"

Kes lain pulak.. "main-main masa solat".. huish!!.. rasa macam nak tampar je budak yang main-main masa solat.. dah la main, kacau pulak orang lain yang tengah solat..sakitnye hati.. nak kata cikgu tak ajar macam mana nak solat..cikgu ajar..siap ade kem motivasi solat lagi.. ape lagi nak..

P/S: Saya percaya..Kesemua perkara diatas terjadi di kebanyakkan sekolah.. So..diharap pihak sekolah dapat mengambil tindakan tegas..

Tuesday, July 21, 2009

ALLAH TIADA PERMULAAN DAN PENGAKHIRAN

Petang tadi saya bersama seorang rakan telah ditanya oleh seseorang yang musykil tentang kejadian Allah.. Pertanyaannya berbunyi begini.." Dari mana Allah wujud..??

Bagi soalan ini.. Saya ingin tekankan bahawa Allah itu tidak ada permulaan dan pengakhiran.. kenapa saya berkata begitu..?? Ini kerana.. "Jika Allah ada permulaan, buat ape kita nak sembah Dia sebab ade makhluk lain yang menciptaNya.. Dan jika Allah ada pengakhiran, maka samalah Dia dengan makhluk lain yang akan mati selepas hidup.." Betol tak..??

P/S: Saya mendoakan supaya hamba Allah yang bertanyakan soalan ini dapat menguatkan Akidah dan memperbanyakkan lagi Ilmu Agama Islam..bila dah 200% yakin dengan Islam.. barulah boleh selongkar tentang "ketidak benaran" agama selain Islam..Wassalam..

Sunday, July 19, 2009

MAN UTD VS MALAYSIA:BAGI CHANCE ATAU REALITI

18 Julai 2009 telah berlangsungnya perlawanan persahabatan diantara Manchester United dan skuad bawah 23 Malaysia..seperti yang dijangka, skuad Malaysia telah kecundang tetapi dengan jaringan yang tipis iaitu 3-2..Memandangkan prestasi bola di Malaysia terumbang-ambing,ini adalah suatu keputusan yang mengejutkan.. Skuad Man Utd adalah juara liga eropah mengatasi Chelsea,Liverpool dan banyak lagi pasukan ternama dunia.. adakah ini permainan yang sebenar atau permainan "kasi chance" oleh pasukan Man Utd..Saya mengharapkan itulah permainan yang sebenar yang ditunjukkan oleh para pemain Man Utd dan barulah saya akan menabik "spring" kepada skuad bawah 23 Malaysia kerana kekalahan yang tidak memalukan..
Gol kemenangan Man Utd dijaringkan oleh pemain barunya, Michael Owen..
Sesi latihan Skuad Man Utd di Stadium Bukit Jalil..

Ketibaan Skuad Manchester United di Kuala Lumpur disambut oleh para peminatnya disini..

Thursday, July 2, 2009

GORENG PISANG BANDAR

Petang tadi saya ada membeli goreng pisang dan keropok lekor di sebuah gerai yang berniaga di bahu jalan.. Saya pun orderlah kt makcik tu.. "cik,goreng pisang dua ringgit, kopok lekor kasi singgit"..

Setibanya saya di rumah, ibu bertanya "Eh,betol ke orang ni kira??tadi beli kopok lekor ni seringgit kan..nape ada 5 keping je"..(mahalnye harga "kopok lekor kurus kat bandar ni",20 sen sekeping,selalunya seringgit boleh dapat 10 keping kalau beli kat kampung..)

Itu baru satu hal..ni ada lagi satu cita nak habak mai kat hampa semua..:D
ni kisah goreng pisang yang saya beli tadi.. kurus-kurus belaka goreng pisang zaman sekarang ni.. boleh dikatakan sebiji pisang tu dipotong jadi 4 sampai 5 keping..macam kerepek.. dulu selalunya makcik tu potong dua je.. Bayangkan, betapa banyak makcik tu amik untung..( harga sesisih pisang baru 2 ke 3 ringgit).. janganlah ambik untung sampai banyak macam tu sekali.. tak baik.. ingat semua orang dok kat bandar ni kaya ke??!! Report kat Kementerian Hal Ehwal Pengguna baru tau..

P/S: Rasa macam nak sound je kat makcik tu.. tapi tak boleh..yang muda mesti hormat yang tua..:D