Dua kalimah syahadah bermakna mentauhidkan Allah..Mentauhidkan Allah pada sifat Rububiyyah iaitu mentadbir dan menguruskan alam selepas menciptanya.. Mentauhidkan Allah pada asma' dan sifatnya serta pada perbuatannya.. Mentauhidkan Allah pada sifat Uluhiyyah iaitu berhak disembah, dicintai, dipatuhi dan tempat memohon..
Bahagian kedua daripada syahadah adalah berikrar dan mengakui segala yang dibawa oleh Nabi Muhammad.. Juga mengakui segala sifat kenabian dan kerasulannya..
Oleh itu.. sesiapa yang bercakap ataupun melakukan perkara-perkara yang menunjukkan keingkaran pada ikrar syahadah, maka syahadahnya terbatal.. Mereka juga terkeluar daripada Islam.. Apabila perkara ini terjadi, kerajaan Islam berkewajipan melaksanakan hukuman murtad kepadanya.. Bermula daripada suruhan bertaubat sehinggalah dijatuhkan hukuman bunuh sekiranya dia tidak mahu bertaubat.. Tempatnya di dalam neraka sekiranya dia mati dalam keadaan tidak bertaubat..
Seorang mukmin yang melakukan dosa, tidak terbatal imannya walaupun dia belum bertaubat.. Imannya tidak terbatal, sekiranya tidak ada padanya perkara-perkara yang membatalkan syahadahnya.. Jika Allah menghendaki, Dia akan mengampuninya.. Dengan kehendaknya juga, orang itu akan dimasukkan ke dalam neraka kemudian dimasukkan ke dalam syurga.. Allah menerangkan dalam surah Al-Nisa' ayat 116..
"Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa orang yang mensyirikkannya dan Dia akan mengampunkan dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendaki"Oleh itu, perkara yang menyebabkan terkeluar seseorang itu daripada agama Islam atau terbatal Imannya adalah:
- Mengingkari sifat Rububiyyah ataupun mencelanya.
- Mengingkari ataupun mencela Asma' Allah dan sifat-sifatnya.
- Mengingkari ataupun mencela sifat Uluhiyyah.
- Mengingkari ataupun mencela Nabi Muhammad atau kerasulannya.
Keempat-empat perkara itu berlaku dengan kepercayaan, perkataan dan perbuatan.. Sesiapa yang melakukannya, maka batal imannya dan terkeluar daripada agama Islam serta syahadahnya tidak sah..
Tuesday, July 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment