Monday, November 9, 2009

Sultan Selangor tolak cadangan Tan Sri Khalid

"Beta sekali-kali tidak berkenan wang zakat ini diambil, dipinjam atau disalurkan untuk perkara-perkara lain," beikut adalah titah Sultan Selangor ketika merasmikan Konvensyen Integriti Pengurusan Zakat Selangor di sini hari ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mencadangkan supaya duit Baitulmal yang diperoleh dari sumbangan zakat digunakan untuk membangunkan negeri Selangor..(hmm..dah miskin sangat ke Selangor ni sampai terpaksa guna duit zakat untuk membangunkan negeri)..

Titah baginda lagi.."Beta tidak berkenan mereka yang luar dari pentadbiran Lembaga Zakat Selangor ini campur tangan dalam pengurusan zakat negeri ini,"

Sultan Selangor juga bertitah bahawa baginda sangat mengambil berat dan mengikuti akan pengurusan zakat negeri ini..

Saya tidak faham mengapa MB Selangor memilih wang zakat sebagai medium untuk membangunkan negeri dibawah pemerintahannya itu. Adakah "mereka" mempunyai agenda lain??..wallahu a'lam..

1 comment:

aideeb said...

mm betul tu..bukanke zakat hanya untuk 8 golongan tersebut shj...mmmm