Thursday, November 19, 2009

Potong..Potong..Potong..

Pernah tak tengok iklan P1 Wimax??..Yang iklan *potong* tu..Iklan tu amat mencuit hati para penonton..Tapi..macam ade unsur tak senonoh pon ade juga..huhu..


Sekali tengok..Iklan Wimax ni biasa je..tapi..cuba tengok betul-betul..iklan ni menunjukkan orang tu memotong wayar telefon..ini bermakna iklan ni ditujukan khas kepada para pengguna Streamyx..iklan ini selari dengan *tagline* Wimax iaitu potong..


Selang beberapa hari lepas iklan Wimax dikeluarkan..Pihak Streamyx pula mengambil keputusan untuk membuat counter attack dengan mengeluarkan iklan diatas yang menunjukkan seorang lelaki sedang memegang modem wireless sambil mencari line internet sehingga ke luar rumah..wajah lelaki ini juga mirip wajah CEO P1 Wimax..


Inilah wajah CEO P1 Wimax..wajahnya hampir 95% sama dengan wajah model streamyx tersebut..(inilah cara mereka berniaga)

Pada pendapat saya,masing-masing ada hak untuk menarik perhatian pengguna..tetapi janganlah dengan cara menghina dan merendahkan perkhidmatan dari provider yang lain..kita sebagai pengguna harus bijak memilih dan tidak terpengaruh dengan iklan-iklan yang saling mengutuk antara satu dengan yang lain..

Monday, November 9, 2009

Sultan Selangor tolak cadangan Tan Sri Khalid

"Beta sekali-kali tidak berkenan wang zakat ini diambil, dipinjam atau disalurkan untuk perkara-perkara lain," beikut adalah titah Sultan Selangor ketika merasmikan Konvensyen Integriti Pengurusan Zakat Selangor di sini hari ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mencadangkan supaya duit Baitulmal yang diperoleh dari sumbangan zakat digunakan untuk membangunkan negeri Selangor..(hmm..dah miskin sangat ke Selangor ni sampai terpaksa guna duit zakat untuk membangunkan negeri)..

Titah baginda lagi.."Beta tidak berkenan mereka yang luar dari pentadbiran Lembaga Zakat Selangor ini campur tangan dalam pengurusan zakat negeri ini,"

Sultan Selangor juga bertitah bahawa baginda sangat mengambil berat dan mengikuti akan pengurusan zakat negeri ini..

Saya tidak faham mengapa MB Selangor memilih wang zakat sebagai medium untuk membangunkan negeri dibawah pemerintahannya itu. Adakah "mereka" mempunyai agenda lain??..wallahu a'lam..

Monday, October 19, 2009

Sunday, October 4, 2009

FENOMENA ANEH DI PADANG,SUMATRA

Matahari diselaputi dengan bulatan ketika kerja-kerja mencari mangsa gempa di Padang,Sumatra hari ini.

Friday, October 2, 2009

Thursday, October 1, 2009

AKHIR ZAMAN...

T : Tuhan
S : Sudah
U : Uji
N : Namun
A : Ada
M : Manusia
I : Ingkar

tanggal 30 Septemner 2009 berlakunya kejadian gempa bumi di perairan Samoa dan American Samoa dengan kekuatan 8.3 pada skala richter yang mengakibatkan tsunami dan menenggelamkan kedua-dua kepulauan tersebut.. setakat ini 118 orang maut akibat kejadian tersebut.. beberapa jam kemudian, gempa berlaku di Padang, Sumatra dengan kekuatan 7.7 skala richter yang telah meragut nyawa seramai 200 orang setakat ini dan ribuan mangsa masih tertimbus.. gempa tersebut turut dirasai di Malaysia seperti di Lembah Klang.. terbaru, tanggal 1 oktober 2009 jam 8.52 pagi berlakunya satu lagi gempa di Sumatra dengan kekuatan 7.0 skala richter.. menurut ahli geologi, gempa kali ini mungkin mengakibatkan lebih 1000 terbunuh..

P/S: marilah bersama-sama kita berdoa semoga negara Malaysia dijauhkan daripada sebarang malapetaka.. Amin..

********

SEKADAR RENUNGAN

Tsunami di Acheh 26/12/2004

Beberapa buah masjid yang berdiri teguh selepas kejadian tsunami di Acheh 5 tahun lepas..

Thursday, August 6, 2009

KENAPA PERLU BANGKANG??

Hari ini PAS Selangor mengemukakan cadangan kepada kerajaan negeri Selangor supaya mengharamkan penjualan arak di kawasan yang majorotinya orang Islam dan mengharapkan kerajaan negeri Selangor akan mempersetujui cadangan tersebut..

Tetapi apa yang diharapkan menjadi sebaliknya.. PKR dan DAP tidak mempersetujui cadangan tersebut..Apa ni??..kalau parti DAP tu ok lah lagi nak bangkang..tapi Menteri Besar Selangor pun bangkang jugak.. Kenapa sebagai orang Islam pun bangkang cadangan ni?? Pelik betol..

Takkan nak biarkan orang jual arak kat kawasan orang Islam?? Kalau dibiarkan, maka pembelinya pun mestilah orang Islam dan makin jauhlah orang Islam daripada jalan yang sebenar..

P/S: Fikirlah sendiri..
P/S2: Terhasilnya entri ni bukanlah untuk menghentam mana2 pihak..tetapi saya memerlukan penjelasan..

Friday, July 31, 2009

H1N1: SENJATA KIMIA AMERIKA??


Selepas membaca beberapa artikel tentang Influenza A H1N1..ada yang berpendapat bahawa wabak ini bermula dari para ahli scientist Amerika yang sedang membuat ujikaji di Mexico terhadap cecair kimia ini untuk dijadikan senjata kimia Amerika yang kini digelar Influenza A H1N1.. Tetapi para ahli scientist berkenaan tidak menduga bahawa penyakit yang diciptanya itu boleh merebak melalui udara.. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita ini.. Tetapi inilah maklumat yang saya dapat selepas membaca beberapa artikel bagaimana terjadinya wabak ini..Dan kebanyakkannya mempunyai pendapat yang sama mengatakan Amerika adalah punca segala-galanya..

P/S: Marilah kita semua berdoa agar hidup rakyat Malaysia dan seluruh Dunia selamat dan sejahtera..

Tuesday, July 28, 2009

PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

Dua kalimah syahadah bermakna mentauhidkan Allah..Mentauhidkan Allah pada sifat Rububiyyah iaitu mentadbir dan menguruskan alam selepas menciptanya.. Mentauhidkan Allah pada asma' dan sifatnya serta pada perbuatannya.. Mentauhidkan Allah pada sifat Uluhiyyah iaitu berhak disembah, dicintai, dipatuhi dan tempat memohon..

Bahagian kedua daripada syahadah adalah berikrar dan mengakui segala yang dibawa oleh Nabi Muhammad.. Juga mengakui segala sifat kenabian dan kerasulannya..

Oleh itu.. sesiapa yang bercakap ataupun melakukan perkara-perkara yang menunjukkan keingkaran pada ikrar syahadah, maka syahadahnya terbatal.. Mereka juga terkeluar daripada Islam.. Apabila perkara ini terjadi, kerajaan Islam berkewajipan melaksanakan hukuman murtad kepadanya.. Bermula daripada suruhan bertaubat sehinggalah dijatuhkan hukuman bunuh sekiranya dia tidak mahu bertaubat.. Tempatnya di dalam neraka sekiranya dia mati dalam keadaan tidak bertaubat..

Seorang mukmin yang melakukan dosa, tidak terbatal imannya walaupun dia belum bertaubat.. Imannya tidak terbatal, sekiranya tidak ada padanya perkara-perkara yang membatalkan syahadahnya.. Jika Allah menghendaki, Dia akan mengampuninya.. Dengan kehendaknya juga, orang itu akan dimasukkan ke dalam neraka kemudian dimasukkan ke dalam syurga.. Allah menerangkan dalam surah Al-Nisa' ayat 116..

"Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa orang yang mensyirikkannya dan Dia akan mengampunkan dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendaki"Oleh itu, perkara yang menyebabkan terkeluar seseorang itu daripada agama Islam atau terbatal Imannya adalah:

- Mengingkari sifat Rububiyyah ataupun mencelanya.
- Mengingkari ataupun mencela Asma' Allah dan sifat-sifatnya.
- Mengingkari ataupun mencela sifat Uluhiyyah.
- Mengingkari ataupun mencela Nabi Muhammad atau kerasulannya.


Keempat-empat perkara itu berlaku dengan kepercayaan, perkataan dan perbuatan.. Sesiapa yang melakukannya, maka batal imannya dan terkeluar daripada agama Islam serta syahadahnya tidak sah..

Thursday, July 23, 2009

MUSLIMS BELIEVE

Islam is a very simple religion. It is a religion of great joy and happiness. Muslims now make up about one fifth of the world's population and they believe that Islam is the natural religion of mankind, which has existed since the beginning of time. The word Islam comes from a root word which means both peace and submission. A Muslim is one who submits himself totally to Allah (the Arabic word for God). This submission brings real peace. All through his life, the Muslim tries to please Allah and to avoid doing what would displease him.

Muslims believe in one God, with whom there is no partner or equal. This God (Allah) created the heavens and the Earth and all that is in between. He is so great and so powerful that we cannot imagine what He is like, yet He is so close to us that He sees every leaf falling from every tree.

To become Muslim, you just have to proclaim with your lips and mean with your heart: I bear witness that there is no God but Allah and I bear witness that Muhammad is the Messenger of Allah.

Prayer is essential to Islam. Muslims have been commanded by Allah to pray five times a day, at specific, set times. This routine of prayer makes the day holy and allows the Muslim to dedicate his or her whole life to Allah. When a person prostrates himself on the ground in prayer, his forehead touching the ground, his whole life is put into perspective. We may fool other people. We may even fool ourselves at times. But Allah is not to be fooled.

Sharing what we have with others, less fortunate than us, is also a command of Almighty Allah. Muslims give a portion of what they own to those who are poor. This Zakat is not charity towards them, but is their right. We are all created by Allah and we hold all things in this world in trust, as stewards, so Islam helps Muslims to care for those in this world who have less than they do. What a radical idea, to share the world's resources. And Allah gave this idea to Muslims fourteen centuries ago!

Muslims fast during the holy month of Ramadan because Allah has commanded them to do so. They look forward all year to this special month of prayer, when the Holy Qur'an was first revealed to mankind. In disciplining their bodies during daylight hours, the Ramadan fast reminds Muslims of those who have less than them, and it helps them to thank Allah for all His blessings. The most important reason for the fast, though, is that Allah has ordered it. Muslims do it for His sake.

The pilgrimage to Makkah, or Hajj, is what Muslims look forward to all their lives. All Muslims who are physically and financially capable of doing so are commanded to perform the pilgrimage, as all prophets have done before them. If Allah wills it to be so, the reward of a sincere Hajj is nothing less than the forgiveness of one's sins.

Finally, Muslims believe that God's final Messenger to mankind was Prophet Muhammad (peace be upon him). In the Holy Qur'an which was revealed to him, Almighty Allah perfected the teaching of all former prophets, such as Moses and Jesus. The Holy Qur'an is intended for all people and for all time.

Unlike the distortions of Islam which we see on our television screens, Islam is both beautiful and sweet. Muslims love God and their neighbour and they try to achieve life's goal, of being with Allah for all eternity, by living good lives.

Wednesday, July 22, 2009

MAKIN HARI MAKIN TAK FAHAM SAYA DIBUATNYA

Dalam tahun ni je.. ramai budak sekolah saya telah merosakkan telinga saya.. mana tidaknya.. saban hari saya dengar perkataan yang tak senonoh..senang cite mencarut lah.. tak de ke binatang lain nak disebut selain "ba**".. tak pernah saya dengar seorang kawan yang sakit hati dengan kawannya mengatakan "hamster betol la ko nie!!..kan sopan sikit.. tak pon banyak lagi binatang yang comel-comel kat Dunia ni.. kenapa binatang colour pink tu jugak nak disebutnya.. Hairan betol..

Tu baru satu cerita.. ni ada lagi satu kes.. kesnya pelajar kutuk guru..Manalah belajar nak berkat.. Macam mana nak berjaya dunia akhirat kalau orang yang memberi kita ilmu tu dikutuk.. "tak bersyukur punye budak..!!"

Kes lain pulak.. "main-main masa solat".. huish!!.. rasa macam nak tampar je budak yang main-main masa solat.. dah la main, kacau pulak orang lain yang tengah solat..sakitnye hati.. nak kata cikgu tak ajar macam mana nak solat..cikgu ajar..siap ade kem motivasi solat lagi.. ape lagi nak..

P/S: Saya percaya..Kesemua perkara diatas terjadi di kebanyakkan sekolah.. So..diharap pihak sekolah dapat mengambil tindakan tegas..

Tuesday, July 21, 2009

ALLAH TIADA PERMULAAN DAN PENGAKHIRAN

Petang tadi saya bersama seorang rakan telah ditanya oleh seseorang yang musykil tentang kejadian Allah.. Pertanyaannya berbunyi begini.." Dari mana Allah wujud..??

Bagi soalan ini.. Saya ingin tekankan bahawa Allah itu tidak ada permulaan dan pengakhiran.. kenapa saya berkata begitu..?? Ini kerana.. "Jika Allah ada permulaan, buat ape kita nak sembah Dia sebab ade makhluk lain yang menciptaNya.. Dan jika Allah ada pengakhiran, maka samalah Dia dengan makhluk lain yang akan mati selepas hidup.." Betol tak..??

P/S: Saya mendoakan supaya hamba Allah yang bertanyakan soalan ini dapat menguatkan Akidah dan memperbanyakkan lagi Ilmu Agama Islam..bila dah 200% yakin dengan Islam.. barulah boleh selongkar tentang "ketidak benaran" agama selain Islam..Wassalam..

Sunday, July 19, 2009

MAN UTD VS MALAYSIA:BAGI CHANCE ATAU REALITI

18 Julai 2009 telah berlangsungnya perlawanan persahabatan diantara Manchester United dan skuad bawah 23 Malaysia..seperti yang dijangka, skuad Malaysia telah kecundang tetapi dengan jaringan yang tipis iaitu 3-2..Memandangkan prestasi bola di Malaysia terumbang-ambing,ini adalah suatu keputusan yang mengejutkan.. Skuad Man Utd adalah juara liga eropah mengatasi Chelsea,Liverpool dan banyak lagi pasukan ternama dunia.. adakah ini permainan yang sebenar atau permainan "kasi chance" oleh pasukan Man Utd..Saya mengharapkan itulah permainan yang sebenar yang ditunjukkan oleh para pemain Man Utd dan barulah saya akan menabik "spring" kepada skuad bawah 23 Malaysia kerana kekalahan yang tidak memalukan..
Gol kemenangan Man Utd dijaringkan oleh pemain barunya, Michael Owen..
Sesi latihan Skuad Man Utd di Stadium Bukit Jalil..

Ketibaan Skuad Manchester United di Kuala Lumpur disambut oleh para peminatnya disini..

Thursday, July 2, 2009

GORENG PISANG BANDAR

Petang tadi saya ada membeli goreng pisang dan keropok lekor di sebuah gerai yang berniaga di bahu jalan.. Saya pun orderlah kt makcik tu.. "cik,goreng pisang dua ringgit, kopok lekor kasi singgit"..

Setibanya saya di rumah, ibu bertanya "Eh,betol ke orang ni kira??tadi beli kopok lekor ni seringgit kan..nape ada 5 keping je"..(mahalnye harga "kopok lekor kurus kat bandar ni",20 sen sekeping,selalunya seringgit boleh dapat 10 keping kalau beli kat kampung..)

Itu baru satu hal..ni ada lagi satu cita nak habak mai kat hampa semua..:D
ni kisah goreng pisang yang saya beli tadi.. kurus-kurus belaka goreng pisang zaman sekarang ni.. boleh dikatakan sebiji pisang tu dipotong jadi 4 sampai 5 keping..macam kerepek.. dulu selalunya makcik tu potong dua je.. Bayangkan, betapa banyak makcik tu amik untung..( harga sesisih pisang baru 2 ke 3 ringgit).. janganlah ambik untung sampai banyak macam tu sekali.. tak baik.. ingat semua orang dok kat bandar ni kaya ke??!! Report kat Kementerian Hal Ehwal Pengguna baru tau..

P/S: Rasa macam nak sound je kat makcik tu.. tapi tak boleh..yang muda mesti hormat yang tua..:D

Wednesday, June 24, 2009

SENDA PAGI

1) Seorang jururawat di hospital sakit jiwa ternampak pesakitnya sedang menulis surat..

Jururawat: Tulis surat kat sapa tu, pak cik?
Pesakit : Aku tulis surat kat diri aku sendiri..
Jururawat: Jadi..apa yang pak cik tulis?
Pesakit : Mana aku tau? Esok pagi bila posmen hantar, baru la aku boleh baca..

2) Seorang jururawat di hospital sakit jiwa ternampak seorang pesakitnya sedang memancing ikan di dalam baldi..

Jururawat: Banyak ke ikan dalam baldi tu pak cik?
Pesakit : Kau gila? Dalam ni mane ade ikan..

3) Sekolah menengah tempat Mazlan belajar baru dibuka. Sempena dengan sesi baru itu, sekolah berkenaan telah memperkenalkan satu peraturan baru mewajibkan ibu bapa pelajarnya menghubungi sekolah seandainya anak mereka tidak dapat hadir pada hari tersebut.
Suatu hari, Mazlan berpakat dengan kawan-kawannya untuk pontengdan pergi menonton wayang di KLCC. Sebaik sahaja ibu bapa ke tempat kerja, Mazlan terus menelefon pejabat sekolah di Ampang. Kata Mazlan,
" Hello...encik, saya nak beritau yang anak saya, Mazlan, pelajar 1D, tak dapat ke sekolah hari ini. Dia demam panas."
"Oo... macam tu. Kesiannya," jawab kerani bertugas, " saya akan maklumkam kepada guru kelas Mazlan. Tapi sebelum tu, boleh saya tau, siapa bercakap di sana?"
" Bapak saya," balas Mazlan..

Tuesday, June 23, 2009

I LUV ISLAM




Saya agak terkejut apabila membaca sebuah blog yang mengisahkan seorang "ex-muslim" telah memeluk agama kristian.. Dia memberi pelbagai alasan mengapa dia sanggup menukar agama.. Salah satu alasannya adalah "I speaks to god, but He never spoke back"..Dan dia tidak percaya atas kewujudan Allah.. Saya sekeras-kerasnya ingin menyangkal dakwaan tersebut..alasannya.." Boleh ke kita nampak angin..?? Tapi kita tahu angin itu ada walaupun kita tak nampak.." Ini menunjukkan bahawa konsep itu sama dengan kewujudan Allah..

Sekarang saya mempunyai satu soalan kepada orang kristian.."mereka(kristian) mengatakan, jesus itu tuhan.. tapi dia adalah anak tuhan.."Apa ni..?? Ini ke ajaran diorang selama ni yang memutar belit dan memeningkan kepala saya tentang ajaran Kristian..


P/S: Saya tidaklah tahu secara mendalam tentang agama.. Tetapi saya dalam usaha untuk mendalami tentang kebenaran Agama Islam..Wassalam

Monday, June 22, 2009

CHIN PENG BALIK KE MALAYSIA??APA RELEVENNYE..



Wajarkah Chin Peng pulang ke Malaysia..?? Tidak ada alasan untuk isu ini dibangkitkan semula.. Adakah ini suatu permainan politik semata-mata..?? Terdapat segelintir "orang melayu" memberi pendapat bahawa Chin Peng patut dimaafkan dan diberi lampu hijau untuk pulang ke Malaysia.. Inilah yang dikatakan "melayu mudah lupa".. Mungkin Chin Peng boleh dimaafkan tetapi untuk membenarkan dia balik ke Malaysia jauh sekali.. Mana mungkin seorang yang boleh dianggap sebagai "pengkhianat negara" pulang ke Malaysia.. Perkara ini mungkin boleh menimbulkan isu perkauman diantara melayu-cina.. Dan mungkin kejadian 13 Mei 1969 yang membawa sehingga pertumpahan darah bakal berlaku..


Dan apakah relevennya jika dia balik ke Malaysia.. Apa yang dia mahukan di tanah melayu kita.. Tanah melayu tidak memerlukan manusia seperti Chin Peng..

P/S: Orang melayu perlu tahu sejarah ketika MCP(malayan communist party) bertapak di tanah melayu dan kekejaman yang dilakukan olah mereka..

Tuesday, March 31, 2009

LAST BREATH

From those around I hear a Cry,
Oh God Oh God My eyes are dry

From those around I hear a Cry,
A muffled sob, a Hopeless sigh,
I hear their footsteps leaving slow,
And then I know my soul must Fly!
A chilly wind begins to blow,
Within my soul, from Head to Toe,
And then, Last Breath escapes my lips,
It's Time to leave. And I must Go!
So, it is True (But it's too Late)
They said: Each soul has its Given Date,
When it must leave its body's core,
And meet with its Eternal Fate.
Oh mark the words that I do say,
Who knows? Tomorrow could be your Day,
At last, it comes to Heaven or Hell
Decide which now, Do not delay!
Come on my brothers let us pray
Decide which now, Do not delay!

Oh God! Oh God! I cannot see!
My eyes are Blind! Am I still Me
Or has my soul been led astray,
And forced to pay a Priceless Fee
Alas to Dust we all return,
Some shall rejoice, while others burn,
If only I knew that before
The line grew short, and came my Turn!
And now, as beneath the sod
They lay me (with my record flawed),
They cry, not knowing I cry worse,
For, they go home, I face my God!
Oh mark the words that I do say,
Who knows, Tomorrow could be your Day,
At last, it comes to Heaven or Hell
Decide which now, Do NOT delay !
Come on my brothers let us pray
Decide which now, do not delay
Come on my brothers let us pray
Decide which now, do not delay

Sunday, March 22, 2009

EARTH HOUR



Adakah ini yang bakal anda tinggalkan kepada generasi akan datang.. akibat pemanasan global, mungkin generasi akan datang tidak dapat merasai apa yang kita rasai sekarang.. So.. sertailah kempen Earth Hour pada 28 Mac ini.. tutup lampu selama 1 jam bermula pada jam 8.30-9.30 malam.. daftarlah diri anda di laman web Earth Hour iaitu "Earthhour.org/malaysia".. tunjukkan pada dunia bahawa Malaysia sebuah negara yang bersatu..

Friday, March 20, 2009

HIDUP KITA HANYA 3 HARI



Hidup kita hanya 3 hari.. anda tak percaya.. semasa saya bersendirian di dalam bilik, saya terfikir "ape yang aku nak buat esok" dan "ape yang aku buat semalam"..barulah saya terfikir sejenak bahawa hidup kita hanya 3 hari..

Semalam : Sudah tentu berlaku..
Hari ini: Sedang berlaku..
Esok : Belum tentu..

Saya harap anda faham apa yang saya cuba sampaikan..kerana hari ini mungkin kita di pertengahan hidup..

Tuesday, March 10, 2009

Wednesday, February 18, 2009

AMERIKA TIRU FORMULA EKONOMI MAHATHIR


Amerika Syarikat meniru formula ekonomi yang diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bertujuan untuk mengatasi masalah krisis ekonomi dan ianya membuktikan kehebatan kepimpinan Melayu diiktiraf dunia. Pengerusi Felcra Datuk Tajuddin Abdul Rahman memaklumkan formula tersebut ternyata berjaya setelah Malaysia tidak meminjam Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) atau Bank Dunia dalam menangani krisis kewangan pada tahun 1997.

Antara mekanisme yang diperkenalkan ketika itu ialah penetapan tambatan ringgit kepada dolar Amerika, mengenakan kawalan pilihan tukaran mata wang asing dan tidak memperdagangkan ringgit di peringkat antarabangsa. "Kita dah buktikan formula ekonomi Tun Mahathir telah berjaya dan sekarang orang Amerika tiru formula Tun dalam menghadapi krisis dunia. Itu menunjukkan kehebatan pemimpin Melayu dalam ekonomi dunia..

Saturday, February 7, 2009

POLITIK

Walaupun umur saya masih belasan tahun.. namun saya ingin memberi sedikit komen tentang pegolakan politik di Perak ketika ini.. hal ini terjadi kerana beberapa "adun Perak" membuat keputusan untuk menjadi ahli Barisan Nasional.. ini menjadikan kerajaan Pakatan Rakyat Perak perlu dibubarkan kerana kedudukan kerusi adun Perak menjadi BN:28 PR:28 BEBAS:3.. kesemua ahli BEBAS menyokong BN.. saya ingin menyentuh sedikit tentang permintaan Pakatan Rakyat di Perak untuk mengadakan undian semula di seluruh negeri Perak.. ini adalah suatu pembaziran berdasarkan ekonomi dunia yang tidak menentu ketika ini..

P/S: Saya menulis entri ini bukanlah untuk menyokong atau ingin menjatuhkan mana-mana pihak..

Sunday, February 1, 2009

2018-MALAYSIA KE FIFA??

Bola sepak Malaysia masuk ke piala dunia 2018? Boleh percaya ke? Berdasarkan prestasi bola sepak Malaysia yang sedang ‘nazak’ ketika ini, cita-cita tersebut sukar untuk dicapai..
Saya sangat bersetuju dengan keputusan FAM untuk tidak membenarkan pemain ‘import’.. Inilah masanya untuk pemain tempatan menunjukkan prestasi terbaik dalam saingan Liga Super dan sebagainya.. Mengambil pemain import juga memerlukan perbelanjaan yang banyak..
Dalam masa 9 tahun lagi Malaysia akan layak ke piala dunia.. Selepas kekalahan yang memalukan 5-0 dalam perlawanan kelayakan piala asia menentang UAE yang lalu, cita-cita tersebut kian pudar..
Antara langkah-langkah untuk menjadikan cita-cita FAM bakal menjadi kenyataan:
• Mewujudkan perlawanan bola sepak diantara umur 11-15 tahun. Ini kerana bola sepak Malaysia memerlukan pemain pelapis.
• Mendapatkan pandangan jurulatih pasukan bola sepak ternama dunia.

Thursday, January 29, 2009

BAHASA ROJAK


















klik pada gambar



Lakaran kartun di atas adalah contoh bahasa rojak..

Bagi saya penggunaan bahasa rojak ini tidak salah.. ini kerana penggunaan bahasa rojak ini lebih mudah difahami dan dituturi..

Penggunaan bahasa rojak di dalam 'sms' juga tidak salah bagi saya kerana bahasa ini adalah hak seseorang untuk menggunakannya kerana ianya lebih cepat dan ringkas..

Berikut adalah 2 cara dari pandangan saya untuk memartabatkan bahasa melayu:
1) menggunakan media massa sebagai penyebar bahasa melayu yang betul....
2) wujudkan laman web 'soal jawab' jika para pelajar mengalami kemusykilan dalam penggunaan bahasa malaysia....

Wednesday, January 28, 2009

FREE PALESTINE












Marilah kita sama-sama berdoa agar bumi palestine "tidak" menjadi tempat pertumpahan darah buat selama-lamanya....

Suami Mithali Idaman Isteri (30 tips)


SEBAGAI lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?

Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita.

Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin.

Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa.

Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.

Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda.

Tentu anda bakal diburu oleh wanita mendambakan lelaki seperti dimaksudkan.

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik.
Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan.
Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami 'mithali' menjadi kebanggaan isteri.
Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari.
Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat.
Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja.
Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri.
Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra.
Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

9. Amalkan makan bersama setiap hari.
Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala.
Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah.
Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin.
Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria.
Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah.
Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri.
Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri.
Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri.
Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif.
Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.


21. Jadilah suami yang pemaaf.
Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang.
Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai 'role model'.
Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain.. Ini adalah tertib memberi khidmat.
Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain.
Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati.
Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif.
Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga.
Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka. Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi.
Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya.
Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.